UCAPAN GROUP MANAGING DIRECTOR





Bismillahirahmanirahhim………..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memilih EHS GROUP OF COMPANIES sebagai landasan untuk anda
TAHNIAH kerana memilih menjadi ahli club RJ sebagai sebagai landasan untuk anda menuju puncak sukses. Kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil komitmen, keberanian, pengorbanan, semangat juang tinggi serta berkat pertolongan yang dikurniakan oleh Allah. Berpegang kepada kata-kata ‘Think Big, Never give up, Honest, Never Say No and Luv u Biz’, Dr Ridz  tidak pernah pandang ke belakang dalam perniagaan yang diceburi.
Kata-kata semangat ini menjadi pegangan dalam setiap tindakan yang dilakukan termasuk dalam aspek kehidupan termasuk kepada kakitangan dan rakaniaga EHS.
Bagaimana untuk berubah kearah yang lebih positif, lebih besar dan cemerlang untuk mendapatkan apa yang anda impikan dalam hidup selama ini!

Kecemerlangan diri banyak bergantung kepada sejauh mana kita mampu mengaplikasi kehebatan dan potensi yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Keupayaan untuk mengawal akal, emosi, dan tindakan sangat penting jika seseorang itu ingin meningkatkan prestasi hidupnya tidak kira dalam kehidupan peribadi, kekeluargaan dan kerjaya.
Sesungguhnya, jalan menuju kejayaan memerlukan keberanian & kreatif menzahirkan idea yang luar biasa. Idea itu akan menjadi kenyataan sekiranya kita berusaha ke arahnya dengan minda yang positif.
Setiap orang berhak untuk mengatakan sesuatu terhadap idea yang kita lontarkan, namun kita sebagai pencipta idea perlu berpegang teguh dan yakin dengan gagasan yang diilham itu.
Inilah Dr Ridz seorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Kakitangan Dr Ridz juga rakaniaga amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Kami sentiasa mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran tajam daripada Dr. Ridz. Agenda utama dapat merealisasikan impian anda dengan menggunakan konsep bersyukur.



Akhir kata, saya berharap & berdoa  dengan kehadiran anda semua ke ”PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 1001 CARA” dapat memberi impak yang positif dan membawa 1001 perubahan yang Luar Biasa dalam hidup anda!!!


Terima Kasih. Wasalam.